Pertemuan dengan Khun Adit ketika percutian di bumi Khao Yai membibitkan rasa menyampah di hati Delia. Fikir Delia, perasaan itu hanya sementara. Mana mungkin dia bertemu kembali dengan jejaka kacak yang sombong dan perasan bagus itu.
Sekembalinya ke Malaysia, Delia ditimpa musibah! Kemunculan Khun Adit yang tak ubah seperti lintah darat telah memporak-perandakan hidupnya.
“Syaratnya mudah. Sepanjang aku tinggal dekat sini, kau kena uruskan makan minum aku. Masak untuk aku. Cuci pakaian aku dan sediakan apa sahaja yang aku mahukan. Kira macam kau ni maid… oh bukan, kira kau macam assistant akulah. Tak naklah aku panggil kau maid. Tak glamor.” - KHUN ADIT.
Setiap hari, setiap masa... Sikap Khun Adit yang cerewet membuat Delia jadi muak dan sebal. Dia terpaksa memendam perasaan kerana tersepit dengan keadaan!
“Ini dah kira menceroboh hak privasi saya tahu tak? Walaupun awak ada kunci pendua semua pintu kat atas muka bumi ni sekalipun, awak tak ada hak nak sesuka hati buka pintu bilik orang atau rumah orang macam ni tau!” – DELIA
Kalau tidak mengenangkan rumah dan tanah pusakanya bakal tergadai, Delia tidak akan berdegil menghadapi lelaki itu.
Bagi Khun Adit, sikap Delia yang lepas laku membuat hatinya selalu membara. Namun ketiadaan Delia menjadikan dia serba tak kena.
Adakah wujud cinta antara mereka? Atau hubungan itu bakal berakhir sebaik sahaja hutang antara mereka terlunas? Dan mampukah Khun Adit melepaskan Delia pergi apabila hatinya selalu menyeru nama gadis itu?Ikhlaskan Tengku Riyadh menjadikan Aufa Batrisya sebagai suri hatinya selama ini? Adakah benar hati Aufa sudah tertutup untuk si suami?
********
Pratempahan merch availabe sehingga 1 Jun 2024 (Pengeposan dijangka 20 hari)
Buku ready stock (Pengeposan sehingga 3-5 hari bekerja)
Pembelian online berisiko. Kami menyediakan buble wrap.
Pembelian juga disarankan untuk membuat pembelian extra wrap.
Sebarang kerosakan dari pihak courier bukan tanggungjawab kami.
Kerosakan pihak kilang seperti jumping page, koyak, ink tidak sepenuhnya boleh hubungi admin di instagram @rcpublication.